Windows 7 SP2 Bakal Dilepaskan Pada 2012 Kelak

Windows 7 SP2 Bakal Dilepaskan Pada 2012 Kelak

Diterbitkan pada Jan 24, 2011 oleh .

Belum pun Windows 7 SP1 dilepaskan secara rasminya, kini ianya sudah diperkatakan yang mana Microsoft sudah pun sedia memulakan pembangunan versi Windows 7 SP2 yang mana dijangka akan dilepaskan kepada umum pada tahun 2012 kelak. Buat masa ini, Windows 7 SP1 RTM versi tak rasmi sudah pun mula tersebar di internet.

Versi terkini yang dibocorkan oleh Wzor di internet adalah Build 7601.17514, diperkatakan sebagai Windows 7 SP1 RTM yang mana membawakan pelbagai kemaskini sedia ada yang telah dilepaskan di Windows Update untuk Windows 7. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Microsoft sehingga kini.

Walaupun Windows 7 SP1 tidak dilepaskan kepada umum lagi, Microsoft kini telahpun memulakan pembangunan Windows 7 SP2, dan dijangka akan dilepaskan pada tahun hadapan, 2012. Ianya juga diperkatakan yang mana ketika pelancarannya kelak, Windows 8 mungkin sudah mencapai fasa terakhir pembangunan, sebelum Windows 8 dilancarkan kepada umum pada Januari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN