Carian
Laman Perkongsian Artikel – Undi.me Dilancarkan
January 24, 2011 Aman

Minat akan laman yang boleh undi artikel sama seperti laman Negaraku, Innit dan juga MyEBuzz? Kini, pembangun disebalik laman SumberTerbuka.com kini melancarkan laman Undi.me, dimana melaluinya para penulis blog boleh menghantar artikel mereka ke sana mengikut kategori, disamping menjana trafik sampingan melaluinya.

Untuk membangunkan laman Undi.me, pembangunnya menggunakan Hotaru CMS, yang mana merupakan salah satu CMS sumber terbuka diluar sana, selain daripada Pligg. Pligg mungkin tidak digunakan oleh kerana masalah spam padanya yang diperkatakan seperti sukar dikawal.


Laman Undi.me

Pembangunnya juga dijangka kelak akan melancarkan sebuah plugin khas untuk WordPress, serta script ringkas untuk pengguna Blogger, supaya mereka boleh menyertakan butang Undi.me terus pada laman mereka. Buat masa ini, laman Undi.me masih lagi di peringkat beta, dan mungkin banyak lagi perkara lain akan diperkenalkan oleh mereka dari masa kesemasa.

Komen