Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia ketahui yang mana Dr Rozmey bakal melancarkan laman sosial tersendiri dengan nama drBook tidak lama lagi. Menariknya, kini didapati yang mana domain DrBook2U.com aktif, serta memperlihatkan ianya bakal dilancarkan secara rasminya pada 2 Februari 2011. Namun begitu, ianya tidak pasti adakah laman ini adalah dibawah rangkaian Dr Rozmey.


Notis Pada Laman DrBook2U.com

Buat masa ini, laman tersebut memperkatakan yang mana DrBook2U.com merupakan laman sosial Malaysia Nombor 1, dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Selain itu, laman tersebut juga memperkatakan yang mana 100 pengguna pertama yang mendaftar pada laman tersebut, akan dianugerahkan menjadi ahli emas, selain para pengguna yang melanggan laman tersebut mulai hari ini, mereka akan dapat akses ke laman tersebut, sehari sebelum ianya dilancarkan kepada umum.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samaada adakah ianya laman sebenar dibawah rangkaian Dr Rozmey, ataupun ada pihak lain yang menggunakan nama DrBook2U dalam pembangunan laman sosial.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd