Cari @ Amanz

Lebih 6 Juta Pengguna Berdaftar Di FourSquare

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti sedia maklum, geolokasi dijangka akan menjadi salah satu teknologi yang menjadi bualan hangat sepanjang tahun ini. Menariknya, terkini, servis berasaskan geolokasi, iaitu FourSquare, telah pun mengeluarkan statistik laman mereka, dimana sehingga kini, lebih 6 juta pengguna telah berdaftar dengannya.

Selain daripada itu, sepanjang tahun 2010, jumlah daftar-masuk (check-ins) telah meingkat kepada lebih 3400%, dimana lebih 381,576,305 daftar-masuk telah dilakukan di seluruh dunia sepanjang tahun lepas. Nampaknya, FourSquare akan terus berkembang dengan sihat sepanjang tahun ini juga.

Di Malaysia, penggunaan FourSquare juga dilihat semakin meningkat, dimana pada tahun lepas, kita dapat melihat komuniti FourSquare Malaysia bergabung, dalam mencapai beberapa lencana baru, termasuk Super Swarm pada #Oct23rdTwtUp, dan juga Epic Swarm pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.


Komen ()