Pra-Daftar Domain .my Jawi Akan Dibuka 24 Januari

Pra-Daftar Domain .my Jawi Akan Dibuka 24 Januari

Diterbitkan pada Jan 25, 2011 oleh .

Setelah dalam fasa ujian sebelum ini, kini secara rasminya, .my Domain Registry memperkenalkan sokongan untuk nama domain antarabangsa, yang mana ianya akan dimulakan dengan Jawi terlebih dahulu, dan diikuti dengan bahasa Cina dan Tamil tidak lama lagi.

Untuk IDN Jawi, ianya akan mula diperkenalkan dalam tiga fasa pengenalan, dimana pada fasa pertama, pendaftaran hanya dibuka kepada agensi kerajaan dan juga pendidikan sahaja. Menariknya adalah dimana pendaftaran fasa pertama yang bermula dari 24 Januari hingga 30 April ini akan menerima domain percuma selama setahun.

Seterusnya, ianya akan diikuti dengan fasa kedua yang dibuka kepada para pelanggan .my sedai ada, dan seterusnya dibuka kepada umum pada fasa ketiga. Domain IDN ini juga dijangka akan diperkenalkan dalam bahasa Cina dan juga Tamil tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN