Dengan Google yang bergerak pantas dalam pembangunan pelayar web mereka, Mozilla tidak ingin ketinggalan, dan akan mempercepatkan lagi pembangunan pelayar web Firefox mereka, dimana ianya diperkatakan yang mana Firefox 5.0 akan menemui pengguna selepas beberapa bulan Firefox 4.0 dilancarkan kelak.
Walaupun mereka tidak mengatakan yang mana berapa lama tempoh yang akan diambil oleh mereka, ianya diperkatakan yang mana Mozilla kelak akan mempercepatkan pembangunan Firefox, dan membawakan pelbagai perkara menarik kepada para penggunanya.
Buat masa ini, pihak Mozilla sedang dalam pembangunan fasa terakhir pelayar web Firefox 4.0 yang mana dijangka akan dilepaskan pada penghujung bulan Februari 2011 ini.