Mungkin ramai yang terdengar mengenai Qwiki yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Perkhidmatan yang sebelum ini diperkenalkan sebagai versi beta, kini telah pun dibuka kepada umum, membolehkan semua pengguna kini menggunakan laman Qwiki secara percuma.
Bagi yang tidak kenali Qwiki, ianya merupakan salah satu laman interaktif, dimana ianya mengambil artikel dari Wikipedia, dan seterusnya memperlihatkan kepada anda dalam bentuk video dan juga gambar, selain artikel dibacakan kepada anda dalam bahasa Inggeris.
Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana Qwiki mempunyai lebih daripada 3 juta artikel dan topik padanya, dan anda boleh melakukan carian dengan mudah pada laman Qwiki, selain boleh turut sama menyertakan video daripada laman Qwiki pada laman blog atau web dengan mudah.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi menjadi persoalan, samaada adakah perkhidmatan Qwiki ini akan menarik minat para pengguna, memandangkan informasi yang diperlihatkan melalui video adalah amat ringkas dan pendek buat masa ini.