Carian
Facebook Akan Mengutamakan Mudah-Alih Pada Tahun 2011
January 26, 2011 Aman

Facebook mengatakan yang mana mereka akan menumpukan perhatian utama kepada platform mudah-alih pada tahun 2011, dalam membawakan pengalaman dan antaramuka yang sama untuk semua platform mudah-alih, serta menggunakan HTML dalam memainkan peranan penting dalam membawakan antaramuka yang konsisten.

Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai cara untuk mengakses Facebook daripada perantian mudah-alih, termasuk m.facebook.com, 0.facebook.com, touch.facebook.com serta pelbagai aplikasi mudah-alih untuk pengguna iPhone, BlackBerry, Android, dan lain-lain.

Facebook mengatakan yang mana sepanjang tahun 2011 ini, mereka akan menyamakan antaramuka dan penggunaannya dalam semua platform.

Selain daripada itu, perkhidmatan geolokasi Facebook, iaitu Facebook Places juga diperkatakan akan diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna lagi. Facebook dijangka akan mengeluarkan statistik yang menarik berkaitan Facebook Places tidak lama lagi.

Komen