Facebook Bakal Memperkenalkan Fungsi Belian-Berkumpulan?

Facebook Bakal Memperkenalkan Fungsi Belian-Berkumpulan?

Diterbitkan pada Jan 26, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Groupon telah menjadi suatu fenomena besar diseluruh dunia, dan turut telah hadir ke Malaysia dengan pengambil-alihan GroupsMore. Selain daripada Groupon, Google turut menyertai sama dengan Google Offers, selain kini Facebook turut diperkatakan akan menyertai industri tersebut.

Ianya kini diperkatakan yang mana Facebook sedang menguji suatu fungsi baru, yang mana dipanggil sebagai “Buy With Friends”, yang mana membolehkan para pengguna berkongsi pembelian mereka bersama rakan-rakan mereka yang lain. Walaupun ianya masih samar-samar bagaimana fungsi tersebut akan berfungsi, ianya pasti yang mana perkara ini akan menguntungkan pihak Facebook melalui penjualan barangan dan produk maya (yang sering digunakan dalam Facebook Games).

Selain daripada itu, baru-baru ini Facebook telah memperkatakan yang mana mereka akan mewajibkan penggunaan Facebook Credits dalam urusan jual-beli di laman mereka.


TIPS & ULASAN