DrBook2U.com yang diperkatakan sebelum ini, adalah sah yang mana ianya bukanlah produk daripada Dr Rozmey, tetapi sebaliknya adalah dari orang lain. Selain daripada itu, pihak DrBook2U juga kini dalam perancangan untuk menukar nama web mereka kepada suatu nama lain yang masih tidak diketahui buat masa ini.
Ianya masih tidak diketahui mengapakah pihak mereka menggunakan nama DrBook2U. Namun begitu, dengan penggunaan tersebut, ianya telah mendapat perhatian ramai pengguna seluruh Malaysia. Pemilik DrBook2U juga telah mengatakan yang mana pengguna yang melanggan laman mereka telah pun melebihi 100 pengguna, yang mana 100 terawal akan menerima status pengguna emas.
Banyak lagi perkara yang masih menjadi tanda tanya berkenaan dengan laman DrBook2U ini. Walau apa pun, sama-sama kita lihat pelancarannya pada 2 Februari kelak.