Carian
Dua Telefon Facebook Akan Diperlihatkan Bulan Hadapan
January 27, 2011 Aman

Pada tahun lepas, kita terdengar ura-ura berkenaan telefon pintar Facebook. Kini, dengan pengumuman Facebook mengatakan yang akan memfokuskan kepada arena mudah-alih, timbul beberapa laporan mengatakan yang mana 2 telefon pintar Facebook akan diperlihatkan pada bulan hadapan.

Kedua-dua telefon ini dibangunkan oleh HTC, dan ianya diperkatakan yang mana ianya akan menggunakan penjenamaan dan warna rasmi Facebook. Ianya juga akan menggunakan Android yang telah diubah-suai serba sebanyak.

Telefon pintar keluaran HTC itu kelak akan mengintegrasikan Facebook secara maksimum, yang akan memudahkan anda membuat panggilan dan mesej rakan Facebook anda dengan lebih mudah. Selain daripada itu, telefon tersebut akan memaparkan News Feed pada skrin utama, selain turut mengintegrasikan pelbagai fungsi Facebook yang lain.

Telefon Facebook ini dijangka akan diperlihatkan pada acara Mobile World Congress di Barcelona pada bulan hadapan.

Komen