BlackBerry Akan Menyokong Aplikasi Android?

BlackBerry Akan Menyokong Aplikasi Android?

Diterbitkan pada Jan 27, 2011 oleh .

Mungkin ianya kedengaran seperti suatu yang amat gila, tetapi itulah yang kini diura-urakan oleh ramai pihak. Ianya diperkatakan yang mana RIM, syarikat disebalik BlackBerry sedang berkira-kira untuk membolehkan suatu fungsi pada perantian BlackBerry yang mana akan membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi Android.

Ianya diperkatakan yang mana RIM akan memperkenalkan mesin maya Java pada PlayBook, dan dijangkakan yang mereka akan memilih Dalvik, yang mana merupakan VM sama yang digunakan oleh Android. Sekiranya ianya benar, ianya kelak akan membolehkan aplikasi Android digunakan pada sistem operasi BlackBerry.

Seperti sedia maklum, BlackBerry makin tewas dalam industri telefon pintar dengan kemunculan iPhone dan juga Android. Namun begitu, sekiranya perkara ini adalah benar, dan betul-betul diperkenalkan, mungkin RIM masih boleh memegang industri tersebut kembali, apatah lagi dengan pengenalan antaramuka baru kelak pada BlackBerry.


TIPS & ULASAN