Facebook Menguji Fungsi Panggilan Suara

Facebook Menguji Fungsi Panggilan Suara

Diterbitkan pada Jan 27, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Facebook akan bekerjasama bersama Skype dalam membawakan fungsi panggilan pada laman sosial mereka itu. Menariknya, kini fungsi seumpamanya kelihatan, membolehkan panggilan suara pada Facebook, namun tiada sebarang petanda memperlihatkan kerjasama bersama Skype.


Fungsi Panggilan Pada Facebook [via]

Dengan telefon Facebook yang dijangka akan diperkenalkan, mungkin fungsi ini akan mengubah cara berkomunikasi seperti yang diinginkan oleh Facebook. Ianya mungkin kelak Facebook akan membolehkan panggilan antara desktop, ataupun antara dekstop dengan telefon, ataupun antara telefon akan diperkenalkan oleh Facebook. Apatah lagi apabila fokus utama Facebook pada tahun ini adalah kepada perantian mudah-alih.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui samaada fungsi panggilan ini adalah hasil kerjasama bersama Skype ataupun ianya dibangunkan sendiri oleh Facebook. Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang komen.


TIPS & ULASAN