Cari @ Amanz

Gemarkan makanan? Kini, anda boleh mencuba aplikasi baru yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, iaitu WootFood. Setelah ianya dibangunkan dan diuji secara dalaman, kini aplikasi WootFood dibuka kepada semua, dimana buat masa ini, pengguna iPhone boleh memuat-turunnya secara percuma dan menggunakannya dengan mudah.


Pembangun WootFood Di WebCamp Kuala Lumpur

Melalui WootFood, para pengguna boleh berkongsi makanan kegemaran mereka, bersama-sama dengan data lokasi, harga dan gambler terus dari perantian mudah-alih mereka. Selain daripada itu, sekiranya anda gemar berjalan-jalan, dan tidak ketahui makanan yang menarik untuk dimakan, anda turut boleh menggunakan WootFood, dimana ianya akan memperlihatkan makanan-makanan menarik disesuatu lokasi itu, dengan penggunaan teknologi geolokasi.

WootFood buat masa ini baru dilancarkan untuk pengguna iPhone, dan versi Android dijangka akan dilepaskan dalam minggu ini. Selain daripada itu, mereka juga akan menyediakan sebuah halaman ringkas untuk pengguna mudah-alih yang lain untuk berkongsi dan mencari makanan menarik dengan mudah secara terus daripada perantian mudah-alih mereka.


Aplikasi WootFood Pada iPhone

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd