FongFeiKei Akan Memudahkan Jualan Tiket Pada Saat Akhir

FongFeiKei Akan Memudahkan Jualan Tiket Pada Saat Akhir

Diterbitkan pada Jan 27, 2011 oleh .

Kadangkala, kita terbeli tiket untuk sesuatu acara, dan pada saat akhir, dapati yang mana kita tak dapat hadirkan diri untuknya. Dan untuk mencari ganti, kita akan mula mengiklankannya dan Tweet mengenainya. Kini, anda tidak perlu risau lagi, kerana untuk menyelesaikan masalah ini, FongFeiKei bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Pembangunnya, Eu Veng telah mempersembahkan idea beliau pada WebCamp Kuala Lumpur semalam, dimana FongFeiKei akan dibuka kepada ujian beta tidak lama lagi. Melalui FongFeiKei, ianya bakal menjadi suatu platform yang menghubungkan sesiapa yang ingin menjual tiket atau sebagainya pada saat akhir kepada para pengguna yang ingin mendapatkannya.

Menariknya, perkhidmatan ini akan disediakan secara percuma kepada kedua-dua pihak. Melalui FongFeiKei, pengguna yang ingin menjual tiket atau apa-apa yang tidak dapat digunakan pada saat akhir, manakala para pengguna lain yang telah membuat senarai yang diingini (wishlist) akan dihubungkan secara terus dengan automatik.

Dengan adanya FongFeiKei kelak, para pengguna tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mencari pembeli pada saat akhir, dan boleh menjualnya dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, pembangunnya sedang dalam fasa terakhir pembangunan, dan yang ingin mengujinya terlebih dahulu, boleh mendaftarkan alamat emel di laman rasmi mereka. Beta terbuka dijangka akan dibuka kepada umum pada penghujung bulan Februari kelak.

Gambar dirakamkan oleh ShamHardy


TIPS & ULASAN