Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, anak syarikat YouthAsia, iaitu GroupsMore telah pun diambil-alih oleh Groupon, dan dijenamakan sebagai Groupon Malaysia. Kini, selain mereka sedang mencari pekerja baru untuk Groupon Malaysia, pekerja sedia ada juga akan dihantar ke London dan Chicago untuk latihan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, ianya diketahui yang mana, Joel Neoh, iaitu salah seorang pembangun YouthAsia akan menjadi CEO Groupon Malaysia, manakala YouthAsia yang menguruskan Says.MY dan lain-lain akan dijalankan oleh Khailee.


Joel Neoh – CEO Groupon Malaysia [via]

Dengan adanya Groupon Malaysia, mungkin kita akan dapat melihat suatu industri tawaran harian yang lebih menarik dari sebelumnya, apatah lagi dengan pembukaan pejabat Google Malaysia, dimana mungkin kita akan dapat melihat Google Offers di Malaysia.

Harga pembelian dan perkara berkaitan dengannya adalah dirahsiakan, dan tidak diketahui berapakah Groupon telah membayar untuk mengambil-alih GroupsMore. Sehingga kini, lebih 53,266 orang telah menyertai GroupsMore dimana membawa penjimatan kepada lebih RM915,739.85.

Groupsmore team going places. After announcement of Groupon Malaysia: some are London-bound, some are Chicago-bound.less than a minute ago via TweetCaster

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd