Sony Bakal Memperkenalkan PS Suite Untuk Android

Sony Bakal Memperkenalkan PS Suite Untuk Android

Diterbitkan pada Jan 27, 2011 oleh .

Hari ini, Sony telah pun mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan sebuah kedai aplikasi permainan khas untuk Android, yang mana akan dipanggil sebagai PlayStation Suite. Menariknya, melalui kedai aplikasi tersebut, ianya akan menyokong semua perantian Android yang menggunakan Android Gingerbread dan yang terkini.

Ianya diperkatakan yang mana Sony akan memperkenalkan kedai permainanan Android itu dalam tahun ini juga. PlayStation Suite diperkatakan akan memperkenalkan kawalan emulasi pada skrin sentuh, menggantikan alat kawalan fizikal seperti biasa.

Sony juga dijangka akan dapat berjaya menarik lebih ramai pembangun permainan untuk menggunakan PS Suite, selain pada masa yang sama, Sony dijangka akan memperkenalkan telefon pintar PSP, yang dikhaskan untuk kaki gamers. Mungkin dengan ini, para pencinta permainan bakal tertarik kepada Android, sekaligus meramaikan lagi pengguna Android pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN