Telefon Facebook HTC Bukan Telefon Rasmi Dari Facebook

Telefon Facebook HTC Bukan Telefon Rasmi Dari Facebook

Diterbitkan pada Jan 28, 2011 oleh .

Berbeza dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, kini Facebook menidakkan yang mana mereka bekerjasama bersama HTC dalam membawakan telefon pintar Facebook, sebaliknya mengatakan yang mana HTC membangunkan telefon Facebook tersebut menggunakan API terbuka yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana dua telefon Facebook yang akan diperkenalkan oleh HTC adalah benar, cuma ianya bukanlah merupakan telefon rasmi Facebook, dan Facebook tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan telefon tersebut. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana telefon tersebut tidak akan menyertakan penjenamaan Facebook seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ianya dijangka lebih banyak maklumat berkenaan dengannya dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN