Cari @ Amanz

Pada laman forum Devilzc0de, pengodam disebalik 1Malaysia.com, ianya diketahui yang mana mereka melakukan perkara tersebut adalah kerana telah dicabar dengan mengatakan yang mana laman 1Malaysia.com tidak boleh digodam. Namun, menariknya adalah dimana ID pengguna yang mencabar mereka adalah Skyfrens.


Mesej Cabaran Pada Devilzc0de [via]

Seperti sedia maklum, sebelum 1Malaysia.com dilancarkan, laman rangkaian sosial Skyfrens telah dilancarkan di Malaysia. Kedua-duanya membawakan konsep serupa dimana menyediakan sebuah platform untuk menghubungkan rakan-rakan, sekaligus menjadikan lebih sosial.

Namun begitu, ianya tidak pasti siapakah yang telah mencabar mereka, memandangkan yang mana didunia internet sesiapa sahaja boleh menyalahgunakan identiti, apatah lagi kerana mesej cabaran tersebut diletakkan pada shoutbox.

Kemaskini : Pihak Skyfrens mengesahkan yang mana mesej tersebut bukan ditinggalkan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd