Internet Explorer 9 RC Bakal Dilepaskan

Internet Explorer 9 RC Bakal Dilepaskan

Diterbitkan pada Jan 28, 2011 oleh .

Dengan persaingan dunia pelayar web yang makin meningkat, kini ianya dilihat yang mana Microsoft sudah pun mencapai fasa RC untuk Internet Explorer 9, dan dijangka membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi. Buat masa ini, masih tidak ketahui bilakah versi akhirnya akan dilepaskan kepada umum.


Antaramuka IE9 Yang Diubah Serba Sebanyak [via]

Selain daripada itu, ianya juga mula tersebar, antaramuka rekabentuk baru Internet Explorer 9, yang membawakan beberapa perubahan minima, selain menambah beberapa fungsi baru. Salah satu fungsi baru yang ditambah adalah kebolehan untuk menjadikan pelayaran anda tidak di track oleh mana-mana pihak. Internet Explorer 9 RC juga dijangka akan membawakan aplikasi muat-turun terbina yang lebih pantas.


TIPS & ULASAN