Lebih 300 Juta Lesen Windows 7 Telah Terjual

Lebih 300 Juta Lesen Windows 7 Telah Terjual

Diterbitkan pada Jan 28, 2011 oleh .

Setelah melancarkan Windows 7 pada tahun 2009 yang lepas, kini Microsoft mengumumkan dimana sehingga kini sebanyak lebih 300 juta lesen Windows 7 telah terjual secara rasminya. Selain daripada itu, statistik terkini memperlihatkan yang mana lebih 20% PC yang disambungkan kepada internet menggunakan Windows 7.

Ianya merupakan suatu pencapaian yang baik dari Microsoft, memandangkan produk sistem operasi mereka sebelum ini, iaitu Windows Vista mendapat kritikan ramai pihak. Namun begitu, Microsoft berjaya memenangi hati mereka kembali melalui Windows 7.

Buat masa ini, pembangun Windows 7 sedang giat membangunkan Service Pack 1 yang mana dijangka akan dilepaskan bila-bila masa sahaja tidak lama lagi. Pada masa yang sama, Microsoft juga sedang membangunkan sistem operasi generasi baru mereka, yang mana dipanggil sebagai Windows 8 buat masa ini, dan dijangka akan dilepaskan pada Januari 2013.


TIPS & ULASAN