Google Mula Menghukum Kandungan Berbentuk Spam

Google Mula Menghukum Kandungan Berbentuk Spam

Diterbitkan pada Jan 29, 2011 oleh .

Setelah ramai mengadu mengenai kandungan berbentuk spam pada Google, kini Google mula memperkenalkan enjin carian yang telah dinaik-taraf dan diubah-suai sedikit, yang mana memberikan kandungan asal (original) lebih banyak kepentingan, berbanding dengan kandungan berbentuk spam dan autoblog.

Para pengguna Google kini akan melihat laman dengan kandungan asal terlebih dahulu pada hasil keputusan carian, berbanding dengan laman-laman yang meniru atau menyalin kembali kandungan daripada laman web asal.

Selain daripada itu, Google juga telah menaik-taraf teknologi carian mereka, dimana kini mereka boleh menjejaki laman-laman dengan kata kunci yang berulang, dan juga berupa spam, serta laman-laman dengan kandungan bermutu rendah.


TIPS & ULASAN