Laman 1Malaysia.com dijangka akan menjadi sejarah, apabila kini pemiliknya sedang mencari pemilik baru untuk domain mereka. Laman yang mendapat liputan akhbar ini, sehingga kini tidak dipulihkan seperti biasa setelah laman tersebut digodam beberapa hari sebelum ini.
Laman 1Malaysia.com telah digembar-gemburkan di media cetak sebagai pesaing baru Facebook, namun begitu nampaknya ianya bukanlah lagi suatu perkara yang dapat dicapai. Dalam beberapa minggu sahaja laman 1Malaysia.com dilancarkan, ianya telah mendapat liputan oleh pihak media cetak, selain angka penggunanya yang melangkaui 15,000 orang pengguna dalam masa yang singkat.
Namun begitu, ianya kini seperti pemiliknya telah berputus asa apabila mula mengiklankan nama domain mereka untuk dijual, selain mana dimana mereka terus senyapkan diri sejak daripada perisitwa laman mereka digodam.