Android 3.0 Akan Diperlihatkan Pada Rabu Hadapan

Android 3.0 Akan Diperlihatkan Pada Rabu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 29, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan Android Honeycomb SDK kepada pembangun sebelum ini, kini Google sudah pun mula menghantar jemputan kepada media, dimana mereka akan mengadakan sebuah acara khas yang mana berkaitan dengan Android 3.0 Honeycomb pada hari Rabu minggu hadapan nanti.


Skrin Utama Android Honeycomb

Android Honeycomb, yang mana telah dioptimasikan secara keseluruhan untuk tablet itu telah pun diperlihatkan beberapa kali sebelum ini. Walaubagaimanapun, salah satu persoalan yang sering ditanya-tanya oleh pengguna Android adalah adakah Honeycomb akan menyokong telefon pintar. Segala perkara ini akan terjawab nanti pada hari Rabu ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN