Sepanjang semalam, salah satu persoalan utama yang menjadi pertanyaan di kebanyakkan laman sosial adalah berkenaan dengan emel Tahun Baru Cina daripada @NajibRazak, yang mana semuanya bertanya bagaimana alamat emel mereka didapati. Kini, ianya diketahui yang mana emel tersebut telah dikumpulkan daripada beberapa pangkalan data termasuk daripada web Media Prima.

Ianya tidak pasti, daripada berapa web yang alamat emel rakyat Malaysia telah dikumpulkan, namun ianya diperkatakan adalah bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan pemimpin.

Namun begitu, ianya diperkatakan yang mana rakyat boleh menghantarkan sebarang komen dan cadangan terus kepada [email protected] dan berhubung dengan pemimpin melaluinya. Nampaknya, teknologi mungkin mengubah serba sebanyak cara rakyat dan pemimpin berhubung, dimana sebelum ini, Najib Razak telah menggunakan Twitter untuk menjawab beberapa soalan daripada rakyat melalui beberapa video khas.

Kemaskini : Perkara ini berlaku hanya setelah sehari hari Data Privacy.

@CteaFairuz. Congrats! Its from our media prima database and others. He just want to reach out to as many (cont) http://tl.gd/8fam7fless than a minute ago via ÜberTwitter

TIPS & ULASAN