Cari @ Amanz

Walaupun ianya masih ada dua tahun lagi sebelum Windows 8 dilancarkan, seperti sedia maklum, Microsoft sudah pun mulakan pembangunan sistem operasi generasi akan datang itu. Buat masa ini, masih tiada banyak info mengenainya, namun begitu, beberapa paparan skrin pemasangan Windows 8 mula tersebar di internet kini.


Skrin Pemasangan Windows 8 [via]

Apa yang diperlihatkan tidaklah banyak, memandangkan hanya dua paparan skrin pemasangan sahaja. Namun begitu, melaluinya, ianya memperlihatkan beberapa perkara, termasuk kebolehan untuk mengimport segala data daripada Windows 7 dengan mudah. Pada masa yang sama, ianya juga menggunakan tahun 2012 pada bahagian hak cipta, sekaligus memperlihatkan yang mana mungkin Windows 8 RTM akan dilepaskan seawal 2012 kelak.

Ianya kini diperkatakan yang mana Windows 8 kini dalam fasa MileStone 2, dan mempunyai perjalanan pembangunan yang lama lagi sebelum ianya mencapai suatu fasa yang bakal membolehkan para pengguna seluruh dunia mengujinya secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd