Cari @ Amanz

Setelah kewujudan beberapa laman sosial untuk pencinta makanan, kini FaceBuzz pula muncul, dimana ianya ditujukan kepada para DeeJay kelab, dimana melaluinya mereka boleh mengemaskini status, membuat acara, mengemaskini blog, memuat-naik lagu dan video, serta pelbagai perkara lain yang menarik.


Laman FaceBuzz.my

FaceBuzz juga menyokong pendaftaran melalui akaun Facebook, dimana laman mereka diintegrasikan bersama-sama dengan Facebook Connect untuk memudahkan para pengguna mendaftar dan menggunakan laman web mereka.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat banyak lagi laman sosial yang ditujukan dan dikhaskan untuk peminat-peminat sesuatu perkara, sekaligus menjadikan mereka lebih senang berkongsi sesuatu maklumat dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd