Cari @ Amanz

Canalys : Android Melangkaui Symbian

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau dulu Symbian adalah sistem operasi yang menjadi pilihan paling ramai pengguna perantian mudah-alih, kini tidak lagi. Android kini diperkatakan telah memintas Symbian, dengan menjadi platform dan sistem operasi pilihan paling ramai pengguna sejak daripada suku tahun ke-4 tahun lepas.

Melalui data yang dikeluarkan Canalys, jualan global untuk telefon Android pada suku tahun ke-empat 2010 adalah sebanyak 33.3 juta, berbanding dengan Symbian yang hanya sebanyak 31 juta perantian sahaja. Ianya diikuti dengan pengeluar yang lain, iaitu Apple ditempat ketiga, dan diikuti oleh RIM (BlackBerry) dan Microsoft.

Sepanjang tahun ini, Android dijangka terus berkembang dengan pesat, dimana beberapa ura-ura mengatakan yang mana Nokia mungkin akan menggunakan Android ataupun Windows Phone. Walaubagaimanapun, Nokia masih mentidakkan perkara itu sehingga kini, selain turut mengutamakan platform Symbian dan MeeGo mereka.


Komen ()