Cari @ Amanz

Terikat dengan 140 huruf pada Twitter? Kini, dengan menggunakan TweetDeck, mungkin anda tidak perlu risau lagi, memandangkan kini pihak pembangunnya telah memperkenalkan fungsi baru, Deck.ly yang membolehkan anda tweet dengan lebih panjang lagi daripada 140 huruf.

Fungsi seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru, dan terdapat beberapa web yang menyediakan perkhidmatan serupa, dimana sekiranya lebih daripada 140 huruf, Tweet anda akan diringkaskan, dengan penambahan URL pada penghujung Tweet anda, sekaligus meminta para pengguna klik padanya untuk membacanya secara penuh. Walaubagaimanapun, bezanya adalah dimana para pengguna TweetDeck boleh membacanya secara penuh, manakala hanya pengguna di Twitter sahaja akan melihatnya dengan pautan untuk mesej penuh.

Walaupun perkara ini mungkin tidak diminati oleh kebanyakkan pengguna Twitter, yang lebih gemarkan mesej ringkas dan padat, mungkin segelintir pengguna setia Tweetdeck akan menggunakan fungsi ini dengan aktif dalam interaksi seharian mereka. Fungsi ini juga akan diintegrasikan pada aplikasi desktop, Chrome dan juga Android, manakala akan diperkenalkan untuk iOS tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd