Selepas Google membeli SayNow pada bulan lepas, kini Google menggunakannya kepada sesuatu yang amat baik sekali, dimana ianya kini membolehkan rakyat di Mesir menyampaikan mesej suara mereka kepada orang luar dengan mudah, tanpa sebarang talian internet.
Untuk menjayakannya, Google bersama-sama dengan Twitter telah bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan suara-ke-tweet, dimana para penduduk Mesir hanya perlu dial sebarang nombor antarabangsa yang disediakan (+16504194196 atau +390662207294 atau +97316199855), dan seterusnya meninggalkan pesanan suara. Seterusnya, pesanan suara anda itu akan di Tweet dengan pautan SayNow untuk mendengarnya.
Perkara ini juga pada masa yang sama amat membantu rakyat Mesir untuk menyampaikan mesej dengan mudah kepada orang luar, selain mana anda boleh mendengar semua mesej yang telah dihantarkan melalui akaun @Speak2Tweet di Twitter.