Personas yang membolehkan anda mengubah antaramuka pelayar web Firefox kini turut diperkenalkan kepada para pengguna Firefox mudah-alih, dimana anda kini boleh mengubah antaramukanya dengan pelbagai rekabentuk, selain mengubahnya mengikut citarasa anda sendiri.
Untuk membolehkannya anda menggunakan Personas pada perantian mudah-alih anda, para pengguna terlebih dahulu dikehendaki memasang sebuah add-on khas, dan seterusnya setelah butang Personas kelihatan, anda boleh klik padanya dan mula memilih rekabentuk yang anda gemari.