Cari @ Amanz

Dengan pembangunan Chrome yang amat drastik, kini versi pembangunannya sudah pun mencapai versi 11, dimana anda boleh memuat-turunnya sebagai Google Chrome Canary, ataupun sebagai Chromium 11, sementara versi stabilnya masih lagi versi 8, dan Chrome 9 Beta sedia diuji oleh semua pengguna.

Buat masa ini, ianya dijangka dimana Chrome 9 versi stabil akan menemui para pengguna seluruh dunia dalam jangka masa seminggu, dan Chrome 10 beta akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada umum. Ianya juga masih tidak diketahui apakah fungsi baru yang akan dibawakan oleh Chrome 11 kelak.

Buat masa beberapa minggu ini, pembangunan Chrome akan menumpukan kepada penyelesaian pelbagai pepijat pada Chrome Canary 11, sebelum ianya diperkenalkan kepada saluran pembangun. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak kisah akan kestabilan dan ingin menguji versi 11 pelayar web Google ini, anda boleh memuat-turun Chrome 11 samaada versi Canary ataupun Chromium, dan menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd