Selepas digodam dan diperkatakan akan dijual, kini laman sosial 1Malaysia.com dilihat beroperasi semula. Namun dalam beberapa minit sahaja ianya beroperasi, laman tersebut tidak boleh diakses semula. Dalam masa beberapa minit beroperasi, ianya dapat dilihat yang mana kini laman utama 1Malaysia lebih fokus akan pengguna tempatan.
Rekabentuk Baru Pada 1Malaysia.com
Rangkaian sosial yang diperkatakan sebagai bakal menyaingi Facebook itu telah pun mencapai lebih 15,000 orang pengguna dalam tempoh hanya beberapa minggu beroperasi. Namun begitu, kebocoran sekuriti padanya telah membawa kesan besar, dimana laman tersebut telah tidak boleh diakses sejak daripada minggu lepas.
Namun begitu, kini dilihat mereka sedang cuba untuk membuat 1Malaysia.com beroperasi semula. Ianya masih tidak diketahui samaada pangkalan data telah diganggu oleh para pengodam ataupun tidak buat masa ini, dan masih tidak diketahui mengapakah laman tersebut ditutup kembali tanpa sebarang mesej buat masa ini.