Kemaskini pertama untuk Windows Phone 7 dijangka akan diperkenalkan pada 7 Februari ini, iaitu pada minggu hadapan. Kemaskini yang menggunakan nama kod “NoDo” itu dijangka akan melajukan pembukaan aplikasi, selain turut sama membawakan fungsi copy dan paste yang dinantikan ramai.
Ianya masih diperingkat ura-ura, dan masih belum disahkan sepenuhnya oleh Microsoft buat masa ini. Selain daripada ura-ura ini, Microsoft sendiri telah memperlihatkan sebuah dokumen sokongan untuk kemaskini Windows Phone 7 pada minggu lepas, mengukuhkan lagi mengatakan yang mana kemaskini “NoDo” akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Selain daripada “NoDo”, Microsoft juga dijangka akan memperlihatkan masa depan untuk Windows Phone pada acara MIX11 kelak, selain turut memperkenalkan sebuah kemaskini major pada penghujung tahun ini, dengan nama kod “Mango”.