Cari @ Amanz

Selain FourSquare, Gowalla dan Facebook memperkenalkan kebolehan untuk daftar masuk ke sesuatu lokasi, kini Google turut menyertainya melalui Google Latitude. Buat masa ini, fungsi check-in ini diperkenalkan pada Google Maps 5.1 untuk Android, dan mungkin akan diperluaskan penggunaannya tidak lama lagi.

Selain daripada itu, memandangkan ianya menggunakan Google Maps, fungsi ini juga turut diintegrasikan bersama-sama dengan Google Places, sekaligus membolehkan anda melihat pelbagai ulasan dengan mudah. Walaupun tiada lencana yang ditawarkan buat masa ini, Google menawarkan pangkat untuk anda, berdasarkan berapa kali anda kesana, samaada “Regular”, “VIP”, ataupun “Guru”. Selain itu, anda juga boleh daftar masuk secara automatik, sekaligus, memudahkan anda melawat sesuatu lokasi kegemaran anda dengan mudah.

Google Latitude juga akan turut secara automatik daftar keluar anda, sebaik sahaja anda bergerak daripada lokasi tersebut, sekaligus memudahkan rakan-rakan anda mengetahui yang mana anda sudah bergerak keluar daripada lokasi tersebut, dan tidak perlu anda memberitahu mereka secara manual.

Kemaskini Google Latitude untuk iPhone juga akan diperkenalkan tidak lama lagi, selain para pengguna lain mungkin dapat menggunakan fungsi ini tidak lama lagi. Google juga bakal mengemaskini halaman Latitude mereka dalam minggu ini, dimana anda akan dapat melihat sejarah perjalanan anda dengan mudah secara terus melalui komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd