GengBlogger Melangkaui 15,000 Pengguna

GengBlogger Melangkaui 15,000 Pengguna

Diterbitkan pada Feb 2, 2011 oleh .

GengBlogger, salah satu laman komuniti blogger tempatan, kini telah pun melangkaui angka 15,000 pengguna, selain terus berkembang dengan sihat dari hari ke hari. Ianya pada masa yang sama turut memberikan idea yang mana komuniti penulis blog di Malaysia juga turut berkembang dari masa ke semasa dengan sihat.

GengBlogger merupakan salah satu laman ping tempatan, yang mana membawakan pelbagai fungsi menarik, termasuk bar pelawat seumpama yang terdapat pada MyBlogLog, fungsi statistik terbina, selain turut menyediakan platform khas untuk berforum dan berbincang antara penggunanya. Ianya juga menggunakan Facebook Connect untuk pendaftaran.

GengBlogger juga dijangka akan memperkenalkan pelbagai fungsi-fungsi menarik dari masa ke semasa. Pada masa yang sama, pembangunnya juga membangunkan beberapa laman ping tempatan yang lain, termasuk SelangorBloggers dan lain-lain.


TIPS & ULASAN