Carian
MySeni – Laman Rujukan Pencinta Teater, Seni Dan Budaya
February 2, 2011 Aman

Minat pada teater, seni dan budaya di Malaysia? Mungkin laman MySeni.net merupakan salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi, dimana laman MySeni menyediakan pelbagai kemaskini mengenai acara-acara dan perkara menarik berkaitan dunia teater, seni dan budaya tempatan.


Laman MySeni.net

Melalui laman MySeni, ianya menyenaraikan pelbagai berita mutakhir berkenaan dengan dunia teater, seni dan budaya, selain pada masa yang sama, sekiranya anda ingin menganjurkan sesuatu aktiviti yang berkaitan dengannya, anda juga boleh menyenaraikan pada laman tersebut secara percuma.

Laman MySeni baru sahaja dilancarkan pada 1 Februari, dimana sehingga kini ianya telah menyenaraikan sebanyak 5 aktiviti yang bakal diadakan pada bulan ini.

Komen