Cari @ Amanz

Setelah hampir seminggu tidak boleh diakses, kini laman sosial tempatan, 1Malaysia.com kembali beroperasi semula seperti biasa, serta pada masa yang sama memperkenalkan polisi privasi yang baru dan amat ringkas. Tidak banyak perkara yang dapat diketahui, selain pentadbirnya meminta para pengguna mengelakkan menggunakan kata laluan serupa dengan emel mereka.

1Malaysia.com tidak boleh diakses sejak minggu lepas disebabkan telah digodam. Ianya juga diketahui laman 1Malaysia.com digodam adalah kerana telah dicabar, namun begitu, ianya tidak pasti siapakah yang telah meninggalkan mesej cabaran pada forum pengodam tersebut.

1Malaysia.com juga pada masa yang sama memperkenalkan perubahan pada rekabentuk halaman utama mereka, yang mana memperlihatkan kini mereka lebih memfokuskan kepada hanya pengguna Malaysia sahaja.

Halaman Baru 1Malaysia
Halaman Utama 1Malaysia.com

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd