Carian
Hotpot Di Integrasikan Pada Carian Google
February 2, 2011 Aman

Setelah memperkenalkan Google Hotpot sebelum ini, kini Google melangkah setapak lagi kehadapan dengan mengintegrasikannya bersama-sama dengan enjin carian Google, dimana anda kini boleh menemui informasi berkaitan sesebuah lokasi atau restoran dengan lebih mudah lagi.

Menariknya, hasil carian yang diperlihatkan adalah berdasarkan kepada rakan-rakan anda, dimana sekiranya anda melakukan suatu carian berkenaan sesuatu restoran, dan kebetulan rakan anda ada kongsi akan mengenainya, maka ianya akan diperlihatkan dengan nama, gambar dan juga rating oleh rakan anda, sekaligus menjadikan ianya lebih mudah untuk anda membuat pilihan dan sebagainya.

Komen