DrBook2U Di Tangguhkan – Bakal Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina

DrBook2U Di Tangguhkan – Bakal Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Feb 2, 2011 oleh .

DrBook2U.com yang sebelum ini dirancang untuk dilancarkan pada pukul 12 tengah hari pada hari ini, nampaknya gagal dan terpaksa ditangguhkan. Pihak pembangunnya memperkatakan yang mana mereka sedang dalam fasa terakhir menguji sistem mereka dan dijangka akan dilancarkan selepas Tahun Baru Cina.


Angka Countdown Yang Terhenti Sejak Tengah Hari Tadi

Selain daripada meminta-maaf kepada para pengguna mereka, pembangun DrBook2U juga menawarkan status keahlian emas kepada lebih 250 pengguna (meningkat daripada 100 ahli sebelum ini). Buat masa ini, masih tidak diketahui apakah fungsi tambahan yang akan diberikan kepada pengguna dengan status emas ini.

DrBook2U juga sebelum ini dilihat seperti sedang mencari nama baru untuk laman sosial mereka, dan untuk makluman semua, ianya bukanlah projek dibawah Dr Rozmey, walaupun sebelum ini beliau mengatakan akan melancarkan rangkaian sosial dengan nama tersebut.


TIPS & ULASAN