Cari @ Amanz

iWill.com.my – Laman Berkonsepkan Jual-Beli Perkhidmatan

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah Hadoko diperkenalkan tempoh hari, kini munculnya pesaing baru untuk mereka, dimana berbeza dengan Hadoko yang menetapkan setiap tugas dicaj RM3, Laman IWill.com.my membolehkan anda mengenakan sebarang caj kepada tugas dan kerja yang ditawarkan oleh anda kepada para pengguna yang lain.


Laman iWill.com.my

Pada laman IWill, para pengguna boleh mengenakan caj dari serendah RM5 kepada RM100 untuk berkongsi kepakaran mereka bersama yang lain, sekaligus menjadikan ianya lebih mudah untuk anda menjana wang sampingan dirumah. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan yang pada harga yang rendah dengan mudah melalui laman tersebut.

Laman iWill.com.my ini telah dilancarkan secara rasminya pada 11 Januari yang lepas, dan berbeza dengan Hadoko, segala bayaran akan melalui sistem iWill.com.my, untuk memastikan kedua-dua pihak tidak tertipu. Buat masa ini, iWill.com.my hanya menyokong pembayaran melalui PayPal sahaja, dan mungkin akan berkembang pada masa hadapan.


Komen ()