Microsoft Membawakan Sokongan H.264 Pada Chrome

Microsoft Membawakan Sokongan H.264 Pada Chrome

Diterbitkan pada Feb 3, 2011 oleh .

Walaupun baru-baru ini Chrome telah mengumumkan yang mana mereka tidak akan menyokong H.264 lagi, dan akan menggantikannya dengan WebM, jejaknya masih belum diikuti oleh pembangun pelayar web yang lain. Bukan sahaja itu, malah Microsoft kini menyediakan sebuah plugin khas untuk pengguna Chrome yang membawakan sokongan H.264.

Lebih tepat lagi, nama plugin tersebut adalah Windows Media Player HTML5, yang mana ianya akan membawakan sokongan H.264 pada Chrome. Seperti sedia maklum, H.264 adalah salah satu format yang digunakan secara meluas dalam memainkan kandungan video, namun disebabkan ianya milik MPEG-LA, Google beralih kepada projek sumber terbuka yang disokong oleh mereka sendiri, iaitu WebM.


TIPS & ULASAN