Carian
Google Memperkenalkan Android Market Versi Web
February 3, 2011 Aman

Seperti yang dinantikan, Google hari ini telah pun memperkenalkan laman web Android Market, dimana melaluinya para pengguna Android boleh mengaksesnya melalui komputer masing-masing, dan melihat aplikasi disana dengan mudah, dan bukannya melalui perantian Android sahaja seperti sebelum ini.


Google Memperkenalkan Android Market Versi Web


Android Market Versi Web


Pembayaran Lebih Pantas Melalui Web Android Market

Menariknya lagi adalah dimana para pengguna boleh membeli terus melalui pelayar web mereka ketika melayari Android Market, dan seterusnya menghantarkan aplikasi yang diinginkan terus ke perantian Android dengan mudah. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain melalui Twitter. Pengurusan aplikasi juga turut sama dipermudahkan dengan pengenalan My Market Account yang boleh diakses menggunakan akaun Google, dimana melaluinya, anda boleh melihat aplikasi yang telah anda beli dan muat-turun.

Komen