Cari @ Amanz

Android 3.0 Honeycomb Diperlihatkan Google

Oleh Aman

Link Copied!


Google Memperkenalkan Android Honeycomb

Setelah memperlihatkan serba sebanyak fungsi baru pada Android Honeycomb sebelum ini, hari ini, Google telah mengadakan sebuah demo khas secara langsung, dimana memperlihatkan pelbagai info berkaitan Android 3.0 Honeycomb, serta memperlihatkan pelbagai perkara baru yang akan didatangkan bersama-sama dengannya.


Android 3.0 Honeycomb


Google Maps Pada Android Honeycomb

Seperti diperkatakan sebelum ini, Google memberikan penekanan khas kepada fungsi multitasking, dimana para pengguna boleh mengakses kesemua aplikasi yang sedang dijalankan, dan baru ditutup dengan mudah. Selain daripada multitasking, Google juga memberikan penekanan pada fungsi notifikasi, dimana berbeza dengan sebelumnya, Google kini memperlihatkan notifikasi seperti pada Ubuntu, dimana ianya di pop-keluar, untuk memastikan penggunanya betul-betul sedar-akan perkara yang baru.

Pada masa yang sama, Google juga memberikan perhatian serius untuk 3D dan grafik pada Honeycomb, dimana sebuah enjin baru yang dinamakan sebagai Renderscript diperkenalkan, membawakan sokongan grafik 3D yang amat menarik sekali. Aplikasi kamera terbina juga diberikan nafas baru dengan antaramuka yang amat menarik sekali.


Permainan dan Grafik Pada Honeycomb


Aplikasi Kamera Pada Honeycomb

Selain daripada itu, seperti sedia maklum, GMail pada Honeycomb telah menerima perubahan antaramuka yang besar. Melaluinya para pengguna boleh menguruskan dan mengakses emel dengan lebih pantas dan mudah. Selain GMail, Google Talk juga menerima kemaskini, dimana kini para pengguna boleh membuat panggilan video menggunakan Android Honeycomb.


Panggilan Video Pada Honeycomb

Google juga kini memberikan perhatian serius pada Android Market, dimana versi webnya telah diperkenalkan, dan sokongan untuk pembelian dalam aplikasi diperlihatkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.


Komen ()