Akhirnya, setelah dibangunkan sejak daripada bulan Julai 2009, kini Aist secara rasminya melancarkan permainan berasaskan strategi mereka, Epic Empires kepada para pengguna iPhone dan iPod. Buat masa ini, hanya versi Lite sahaja diperkenalkan, dimana ianya boleh dimuat-turun secara percuma terus dari iTunes.
Permainan Epic Empires
Epic Empires mengisahkan dimana putera bernama Artakus yang diculik, dan para pemain perlu menyelamatkan beliau. Dalam misi untuk menyelamatkan beliau, para pemain perlu membangunkan tentera mereka dan seterusnya bersaing dengan pihak musuh.
Versi penuh Epic Empires yang didatangkan dengan lebih 5 peringkat permainan dijangka akan dilepaskan pada bulan hadapan.