EA Memperkenalkan Parodi Call of Duty – Duty Calls

EA Memperkenalkan Parodi Call of Duty – Duty Calls

Diterbitkan pada Feb 3, 2011 oleh .

Minat akan permainan Call of Duty? Mungkin kini anda perlu mencuba permainan parodi keluaran EA Games dan beberapa syarikat lain yang mana bakal memperkenalkan permainan tembak-menembak orang pertama baru tidak lama lagi, dipanggil Bulletstorm.

Permainan tembak-menembak parodi Call of Duty yang dipanggil Duty Calls ini diedarkan secara percuma oleh Electronic Arts, Epic Games dan People Can Fly, dan menggunakannya sebagai salah satu cara promosi untuk permainan Bulletstorm yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Duty Calls ini boleh dimainkan sehingga tamat dalam masa kurang 5 minit. Namun begitu, ianya masih membawakan kualiti grafik yang amat menarik sekali, dengan selingan beberapa perkara yang amat kelakar sepanjang permainan ini. Diakhir permainan Duty Calls, mereka menyertakan trailer ringkas Bulletstorm, yang mana bakal dilancarkan kepada umum pada 22 Februari ini nanti.

Para pencinta permainan tembak-menembak yang berminat, boleh memuat-turun permainan Duty Calls ini secara percuma, sementara menunggu permainan Bulletstorm dilancarkan oleh pembangunnya.


TIPS & ULASAN