News Corp Sedia Untuk Menjual MySpace

News Corp Sedia Untuk Menjual MySpace

Diterbitkan pada Feb 3, 2011 oleh .

Nampaknya, setelah mencuba untuk memperbaiki laman MySpace, kini News Corp seperti sudah berputus-asa dan bersedia untuk menjual laman sosial yang dahulunya dikhaskan kepada pencinta muzik itu. Walaupun sebelum ini News Corp pernah menyatakan hasrat mereka untuk menjual, ini adalah kali pertama mereka menyatakannya secara rasmi.

Buat masa ini, News Corp diperkatakan sedang berbincang dengan bebereapa pihak berkenaan dengan masa depan MySpace, dan mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan mendengar berita berkenaan dengannya. Sejak kemunculan Facebook, MySpace seperti tergugat, sehingga sebelum ini, MySpace sendiri telah menyertakan fungsi untuk daftar MySpace menggunakan akaun Facebook.

Sebelum ini, MySpace telah diambil-alih oleh News Corp pada tahun 2005, ketika zaman kegemilangannya, dengan bayaran $580 juta. MySpace juga baru-baru ini telah memperkenalkan rekabentuk baru dalam usaha untuk menarik kembali minat pengguna, namun ianya seperti masih gagal. Mungkin pemilik baru MySpace kelak akan mempunyai idea baru dalam menarik kembali pengguna menggunakan laman sosial tersebut.


TIPS & ULASAN