Carian
WP.com Menyertakan Tema Berbayar
February 4, 2011 Aman

Mungkin ramai pengguna platform blog percuma, WordPress.com inginkan sesuatu kelainan daripada blog-blog yang lain pada laman tersebut, dan menariknya, kini Automattic memperkenalkan fungsi tema berbayar, dimana para penggunanya boleh mendapatkan tema berkualiti tinggi dan menarik serta unik dengan suatu harga yang amat berpatutan sekali.

Sehingga kini, para pengguna yang memasang sendiri WordPress pada server mereka mempunyai kebebasan penuh dalam menukar tema, manakala para pengguna WordPress.com tertakluk kepada tema-tema yang ditawarkan melaluinya sahaja. Namun mungkin ianya berubah tidak lama lagi.

Sebagai permulaan, Automattic menawarkan dua tema berbayar, iaitu satu daripada WooThemes manakala lagi satu daripada Theme Foundry. Mungkin tema daripada lebih banyak penyedia akan diintegrasikan pada WordPress.com tidak lama lagi.

Selain WordPress.com, Tumblr turut menyediakan perkhidmatan seumpamanya, dimana para pengguna boleh memilih samaada ingin menggunakan tema percuma ataupun tema berbayar dengan perkhidmatan percuma mereka.

Komen