Google Chrome 9 Mencapai Tahap Stabil

Google Chrome 9 Mencapai Tahap Stabil

Diterbitkan pada Feb 4, 2011 oleh .

Google Chrome 9 kini telah pun mencapai versi akhir dan stabil, dimana ianya telah diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna pelayar web tersebut. Sebelum ini, pada awal minggu ini, pembangunan pelayar web tersebut telah pun mencapai versi 11, dan dijangka Chrome 10 Beta akan turut diperkenalkan dalam beberapa minggu.

Melalui Chrome 9, pelayar web yang kian meningkat naik ini membawakan fungsi Chrome Instant, sokongan WebGL untuk grafik web 3D, serta Chrome Web Store yang disokong sepenuhnya. Para pengguna Chrome tidak perlu risau, memandangkan ianya akan dikemaskini secara automatik untuk anda, dan mungkin anda akan mula melihat halaman utama berbeza dengan memperlihatkan ikon Chrome Web Store, dan dua aplikasi contoh pada halaman utamanya.


TIPS & ULASAN