Carian
Office Web Apps Kini Menyokong Pengguna Malaysia
February 4, 2011 Aman

Setelah melancarkan Office Web Apps sebelum ini pada Windows Live, kini aplikasi tersebut telah pun secara rasminya menyokong para pengguna Malaysia, membolehkan para pengguna melihat, mengubah dan berkongsi dokumen hanya dengan menggunakan pelayar web dan sambungan internet sahaja.

Terkini, Microsoft mengumumkan sokongan Office Web Apps ini di lebih 150 lokasi seluruh dunia, termasuk India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pada bulan hadapan, aplikasi ini dijangka akan dilancarkan keseluruh dunia, sekaligus memudahkan anda berkongsi dokumen dengan sesiapa sahaja.

Para pengguna boleh mula menggunakan Office Web Apps dengan melayari terus laman Office, dan mulakan perkongsian dokumen anda dengan rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Komen